Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Sunday, September 2, 2012

It's Hurt

30 Ogos 2012.... hari per yer... my birthday la... Alhamdulillah sudah 27 tahun bernafas atas muka bumi Allah ni... Sangat-sangat hepi ramai yang wish dan doakan yang terbaik untuk diri ini... sesungguhnya aku mempunyai ramai teman rupanya... Aku menghargai segalanya... Terima kasih yang tak terhingga untuk Kakak dan adik2.. sangat terharu bila diorang belanja makan dan hadiah walaupun hadiah diberi awal sedikit.. Tapi kasih sayang mereka lebih bernilai.. Ya Allah syukur padamu kerana memberikan sebuah keluarga yang mempunyai lautan kasih sayang... 

Walaupun orang yang penting tak mengucapkan apa2 aku redha... sehingga ke hari ini aku tak mempercayai yang dia lupa hari penting aku... mengapa dalam kesibukan orang lain boleh diingat sehingga pos hadiah lagi tapi aku yang tidak meminta ini dilupakan... bagi aku kebendaan bukan menjadi kepentingan tapi ingatan itu yang aku mahukan... dan tak perlu diingatkan tapi mengingati itu yang penting... aku rupanya yang tidak pernah melupakan walau sesaat.. sememangnya aku terluka... senyum dalam kelukaan itu lebih baik kerana dia sendiri tak pernah tahu aku sedih atau gembira... 

Hari ni 3 hari tiada berita... mahukah aku terus menanti atau berhenti sahaja... Aku rasa sudah cukup aku memahami dan bersabar... Bukankah kita kena saling memahami... Tapi kenapa setiap kali aku sahaja yang perlu buat semua itu... Jika sudah tiada aku di hati baik pergi sahaja... Dari aku terus hidup dalam kepuraan... Ya Allah sesungguhnya kau mengetahui segalanya.. Ku Pohon Padamu Kau Berilah aku petunjuk... 

Kepadamu Kekasih Terima Kasih...


No comments:

Post a Comment

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...