Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Saturday, January 7, 2012

6 sebab Si Dara Jelita Masih 'Single' (^_^)

Hai... entry malam ni saja nak kongsi something... Tengok pada tajuk agak korang kenapa yer Si Dara masih single yer...http://www.emocutez.com Antara sebabnya adalah

PERNAH DIKECEWAKANhttp://www.emocutez.com

Oleh kerana terlalu serik bercinta, si jelita lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu mensia-siakan hidupnya  dengan lelaki yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.

PERSEPSI SUKAR DIDEKATIhttp://www.emocutez.com

Kaum Adam biasanya menganggap sijelita agak sukar didekati apatah  lagi untuk dijadikan sebagai pasangan Istimewa. Kononnya banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan -saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, maka sampai ke tualah si jelita membujang.

TERLALU JUAL MAHALhttp://www.emocutez.com

Kebiasaannya, si gadis jelita ini agak jual mahal walaupun adakalanya dalan hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin Si jelita merasakan dirinya digilai ramai. Tetapi, ingatlah kesombongan itu bakal memakan diri anda kelak! Makanya bermurahlah hati untuk lemparkan senyuman pada sesiapa sahaja.

MENCARI PASANGAN IDEALhttp://www.emocutez.com

Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. Orang cantik pastinya mencari orang yang sepadan dengannya. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh yang datang.

TERLALU KOMITED DENGAN KERJAYAhttp://www.emocutez.com

Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang cantik ini barangkali terfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor 2 dan kerjaya jatuh nombor satu. Namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja, sehingga ke hari ini mesih sendiri lagi.

BANYAK PILIHANhttp://www.emocutez.com

Aduh.... pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka. Kalau pilih yang di sini, di sana pula yang kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Makanya jadilah 'single' sehingga ke hari ini... 

Semua ni aku ambik dari Majalah DARA EDISI DIS 2011.



Agaknya korang dalam kelompok mana yer... 

No comments:

Post a Comment

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...