Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Saturday, January 21, 2012

Berjimba Bersama BFF... 20/1/2012

Assalamualaikum semua... Entry aku hari ni nak citer pasal happy moment semalam... Heheheheh... Bersukaria bersama my BFF... Kat mana yer... Jom kita tinjau bersama2... Korang mesti nak jugak bersokaria macam kitorang... Bagi aku mmg aku hargai BFF aku datang semalam... 



Mula we all pg makan dulu.. maklum la kawan2 aku tak makan lg... We all makan kat Village Mall Sungai Petani Dekat Tingkat 3.... THAI CULTURE VILLAGE.. Makanan dier sedap dan harga mmg standard la kan... 


Ni la antara yang kami pesan... Yang pic atas sekali Laksa Thai... Kuah Lemak.. Sedap mmg sedap tapi kalau dikurangkan mee and sayur lagi sedap... heheh.. Harganya RM5.00... Yang pic bawak tue Sticky Rice with Manggo... Harga RM5.00... Rasanya mmg terangkat.. Sedapppppp weiiiiiiiiiiiiiii.... Som Tam Harga RM3.00... Bagi penggemar somtam bleh la singgah kat cni yer.. Bagi aku masam2 mmg aku tak makan... hahahah... Yang bawah plak TomYam Chicken... Kalau dah namanya Orang Thai yang buat mmg rasa mmg sedap... Member2 aku makan nasi.. Aku Laksa, Sticky Rice With Manggo and Satu lagi lupa nak ambik gambar iaitu Popia Thai Role... Sedap jugak... Terliur tak kawan2... hahahha.. tengok jer lah yer...

So, Habis je makan.. Dah blur kepala nak pg mana lagi... Tujuan sebenarnya nak cari MACCARON... My Favourite.... Ok kitaorang jalan2 punya jalan tak jumpa2 sedangkan kitorang dah lalu depan dengan kedai tue... hahahah..


Kedai ni terletak berhadapan dengan GRAND CINEPLAX... tingkat 3... hahah.. mmg lawok betul la.. tak jumpa sampai kena tanya kawan2 yang penah makan kat situ... 

 Ni la Maccaron... Bagi yang tak tahu apa itu Maccaron ni yang aku nak share ok.. Harga mmg tak dinafikan mmg mahal.. Tapi sebab sedap sanggup la beli.. heheh... Yang kitaorang makan ni Vanilla dan Dark Choclate... Vanila ni dier gabungkan 3 rasa vanilla dari luar negara dan harganya RM4.20 mahal dari yang lain... Bukan Vanilla esen yer.. heheh... Ader lagi perisa lain korang kena pegi sendiri ok... Nama kedainya FRENCH KISSES PATTISSERIE.. Kalau korang nak tengok laman web dier just klik nama kedai tue yer... So, korang bleh la tengok latar belakang nyer ok... First time aku makan benda alah ni kat HARROD KLCC... Tapi rasanya tidak sehebat yang baru aku makan ni... hehehe... So, yang dok cari mana nak dapatkan Macarron dah ader kat Sungai Petani ok... 


Ok... dah puas citer pasal makan kita pg lak kepada sesi riadah... tak tahu nak ke mana dah... Dan we all ambik keputusan nak ke sesuatu tempat yang best punya... 


Tahu tak korang kat mana ni.. So, kalau dah dok dekat Sungai Petani takkan tak tahu kan.. PANTAI MERDEKA LER... hehehhe... Mmg best sangat sebab tempatnya dah cantik.. Tak macam dulu... Sekarang dah membangun.. So, kalau korang ke sana ader la orang jual tudung2 murah dan macam2 lah... korang kena pg tengok sendiri... 

So, dah habis sesi berjimba.. kitorang balik kol 6.30 petang.... Kepada kawan2 ku Muni and Siti Aminah.. Macih la yer datang cni menghilangkan kebosananku... heheh.. Nanti kita berjimba lagi yer... 

Ok bye... Salam

Saturday, January 14, 2012

Masakan Penuh Kasih Sayang....

Assalamualaikum... Aper Menu Lunch korang hari ni... Aku masak yang simple2 jer...http://www.emocutez.com 





Kari Ikan Bawal. Nak resepi tak... Aku ni main taruk2 jer... 

Korang kena Chop bawang putih, Bawang merah... Then rempah kari ikan korang bancuh dengan air asam jawa... Panaskan minyak Masukan bawang merah sekali dengan bawang putih yang dah di chop tadi bersama dengan Herba campur dan daun kari... Dah naik bau dier masukkan rempah yang korang bancuh tadi... Tumis sampai dier naik bau... Then masukan santan.. Ikot la korang nak cair ker atau pekat ker. Tapi bagi aku cair lg sedap... Then Dah mendidih skit Masukan kacang bendi atau timun pun bleh gak... Tapi timun korang ambik yang timun jepun punya.. ok.. Then masukkan ikan.. biar mendidih sekali then kecikkan api biar hingga naik minyak... Ok..then dah siap.. Jangan kacau sangat yer bila dah masukan ikan.. nanti takut hancur ikan tue.. (^_^).. Nyum... Nyum... sedia untuk di makan..


Sayur dengan ikan goreng mana bleh tinggalkan.. Tak cukup lak rasanya... Kalau dah ader yang berkuah then yang lain tu goreng jer... Dan yang terakhir jika bersama dengan kari 


Wajib ader... waaaahhhhhh cedapnyer... sambal belacan dan ulam2an... Kalau korang nak best lagi.. buat la sambal tumis ikan ker... Terangkat lagi... 

oklah sekadar nak share ngan korang jer... 

SELAMAT MENJAMU SELERA...http://www.emocutez.com

Assalamualaikum...........

Friday, January 13, 2012

Lunch With My Friends... At Togo Goyo

Haiii... Pelik dah agaknya korang tengok perkataan YOGO GOYO... Hahahah.. ni ice cream.. Dulunya Fruite Fruite( Mcm tue kot ejanya.. Lupa dah) Hari Khamis 12/01/2012 aku ngan kawan2 yang bertugas sama2 kat trafik makan ice cream kat sana.. Lama dah mengidam...


Ni ice cream kami.. aku yang paling mahal.. hahaahha.. 



Sedap dan menyelerakan... Korang nak makan pg kat lagenda height.. belakang Old Town Nama kedai YOGO GOYO tau...


Ok... Chow.. (^_^)



Wednesday, January 11, 2012

Selamat Hari Lahir Abang

Assalamualaikum... Selamat Hari Lahir Abang... Terfikir tak abang mana.. hahahah... Jangan salah faham ok... Not my hubby coz i tak kawen lg... And also not my Boyfriend coz i'm still single now... Ini abang Kandung ku.. Mohd Dzaharan Ahmad Khatib. Abang yang paling sulung dari 5 adik beradik.

12/01/2012... Selamat Hari Lahir...
Selamat Hari Lahir..
Selamat Hari Lahir Abang...
Selamat Hari Lahir...

SELAMAT HARI LAHIR ABANG yang ke-????

Semoga panjang umur.. Dimurahkan rezeki... Semoga dipermudahkan segala urusan.. Semoga dirahmati selalu..


Untuk Apa Kenangan Itu

Kenangan dulu tiada berarti lg untuk diriku... aku sama sekali tidak mahu lagi mengingatinya kerana ia sememangnya tiada nilai bagi orang yang tidak pernah menghargai diri ku...  Adakah kau tahu ape itu kenangan.. dan adakah kau tahu ape nilai kenangan itu.. bagi aku dahulu ia sesuatu yang sgt berharga.. tapi sekarang aku hanya buang jauh dari pandangan dan setiap sudut ingatanku... bagi aku kerana kenangan itulah yang menjadikan aku seperti sekarang.. Sukar menerima..


Apabila sekarang aku sedar dari mimpiku... Aku dapat menerima segala kenyataan... Mencintaimu yang membuatkan aku merana... Mencintaimu membuatkan aku kecewa dengan semua... Bagi aku semua adalah sama... Hanya sekarang segalanya kembali tenang... Cinta Pada Allah lebih bererti...


Hanya satu ku pinta... Janganlah kau muncul dalam hidupku lagi.. Aku sudah bahagia dengan hidup ku sekarang... Aku sekarang ingin menerima orang lain dalam hidupku... Aku doakan semoga Allah membuka pintu hatiku untuk menerima orang lain.. Untuk kamu aku doakan kebahagiaanmu... Sungguh sukar untuk ku lupakanmu... Tapi aku akan mencuba sedaya termampu... Jujur ku katakan aku sgt sayang padamu... Tapi ada jurang antara kita... Ada halangan yang tak bisa aku rungkaikan... Cintailah dia sepenuh hatimu... Kerana hanya dia mencintaimu sepenuh hati... 


Terima Kasih atas segalanya.... 





Saturday, January 7, 2012

6 sebab Si Dara Jelita Masih 'Single' (^_^)

Hai... entry malam ni saja nak kongsi something... Tengok pada tajuk agak korang kenapa yer Si Dara masih single yer...http://www.emocutez.com Antara sebabnya adalah

PERNAH DIKECEWAKANhttp://www.emocutez.com

Oleh kerana terlalu serik bercinta, si jelita lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu mensia-siakan hidupnya  dengan lelaki yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.

PERSEPSI SUKAR DIDEKATIhttp://www.emocutez.com

Kaum Adam biasanya menganggap sijelita agak sukar didekati apatah  lagi untuk dijadikan sebagai pasangan Istimewa. Kononnya banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan -saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, maka sampai ke tualah si jelita membujang.

TERLALU JUAL MAHALhttp://www.emocutez.com

Kebiasaannya, si gadis jelita ini agak jual mahal walaupun adakalanya dalan hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin Si jelita merasakan dirinya digilai ramai. Tetapi, ingatlah kesombongan itu bakal memakan diri anda kelak! Makanya bermurahlah hati untuk lemparkan senyuman pada sesiapa sahaja.

MENCARI PASANGAN IDEALhttp://www.emocutez.com

Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. Orang cantik pastinya mencari orang yang sepadan dengannya. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh yang datang.

TERLALU KOMITED DENGAN KERJAYAhttp://www.emocutez.com

Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang cantik ini barangkali terfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor 2 dan kerjaya jatuh nombor satu. Namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja, sehingga ke hari ini mesih sendiri lagi.

BANYAK PILIHANhttp://www.emocutez.com

Aduh.... pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka. Kalau pilih yang di sini, di sana pula yang kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Makanya jadilah 'single' sehingga ke hari ini... 

Semua ni aku ambik dari Majalah DARA EDISI DIS 2011.



Agaknya korang dalam kelompok mana yer... 

Friday, January 6, 2012

Breakfast With Cucur Jagung Made by Honey

Good Morning... pagi-pagi hantar adik blajar moto.. tapi malangnya sebab terlalu ramai kena balik... So, pg nak bfast aper yer.. Semalam pasar malam then beli jangung.. hehehe... Yes... kita buat cucur jagung kan...


Mula mula kita parutkan jagung... then letak tepung.. ikutlah banyak mana pun.. Letak sedikit garam, sedikit gula dan sedikit kunyit untuk menambahkan warna... Then bancuhkan dengan sedikit air panas dan air biasa sama rata.. Dah gaul sebati, panaskan minyak dan gorengkan... 


Dah siap... Sedia untuk dimakan... saper nak buat sendiri yer.. hahahaha... Selamat menjamu selera... 

Salam....


P/s: Teringat pada seseorang yang suka makan cucur tak kira lah cucur udang ku, cekodok ke dan sewaktu dengannya... 


Tuesday, January 3, 2012

Kau lah Segalanya

Kadangkala diri merasai adanya cinta... Dan semua itu membuatkan aku seperti ingin mendendangkan sebuah lagu yang pernah dahulu aku nyanyikan untuknya...

Hanya Tuhan
Yang tahu segalanya...
Apa yang ku inginkan... Disaat2 ini..

Kau takkan percaya..
Kau selalu di hati..
Haruskan ku menangis...
Untuk menyatakan yang sesungguhnya..

Kaulah segalanya untukku..
Kaulah curahan hati ini..
Tak mungkinku melupakanmu..
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang...

Ni lah lagunya... Ader lagi lagu lain seperti, Kerinduan(Sheila Majid) and this song aku nyanyikan setiap hari... Dan yang lain aku kurang ingat tajuknya.. Hm... Korang penah tak nyanyikan lagu untuk tersayang.. Walaupun kadang suara tak sedap tapi blajarlah menghargai..betulkan..



Monday, January 2, 2012

Cameron Highland,Genting Highland, Langkawi... Yareeebaaaaa


Assalamualaikum....Selamat pg semua... Hm... entry aku pg ni yang dah lama aku fikirkan.. cuma tidak berkesempatan lg.. Adoiyaiiiii....Bukan setakat aku ingat ni... Kawan2 yang lain pun sama..


Cameron Highland mmg dah lama kawan2 ajak.. aku pun teringin sebenarnya... Tapi disebabkan bajet yang tidak mencukupi aku kuburkan lah dulu.. Nanti rasa dah sedia nak pg aku korek balik.. hahaha...Tengok Pic tue tak sabar dah nak pg.. Teringat kenangan bersama dengan Kawan2 INTAN Bukit Kiara... Azlina, Sabrina, Khairi, Jang dan tutttttt... Tak leh nak sebut nama sebab nanti ader jer orang nak mengomen.. hahah..
Aduhhh.. sedapnye buah strawberry... Waaaa... nakkkkkk... ahaks.. giler agaknye aku ni.. Memetik sendiri mmg sedap... terbaik dari ladang...Kawan2 aku yang nak sgt pegi tu sabar2 yer.. heheh tak pun hampa pi la dulu.. aku ikot belakang...

Kisah genting pulak... Kali terakhir aku pg sana tahun 2009 tak silap aku la... main teka jer ni.. Pg dengan Geng2 JPJ.. Happening giler..



Bila la nak pg lg.. Aku soka jugak pi Genting sebab ada banyak mainan.. berbanding cameron elok la untuk orang nak Honeymoon ker... Tapi bagi yang blom kawen nak release tension ok la kan.. Sebabnye dah pening dengan keje baik pg relak2kan kepala otak yang kusut dah ni.. Genting ni pulak sebenarnya elok la untuk yang nak bersuka ria.. Tapi jgn nak lebih2 pulak... Bagi yang bukan islam kebanyakkannya pg sana untuk berkasino.. biasa la kan.. Yang Islam tue tak yah la kot yer..heheh..(^_^)


Kalau Langkawi pulak... Mmg best jugak.. .. Cuma aku ni tak berminat sgt nak membeli benda2 kat sana.. maklumla orang kalau dah pg sana aper yang dier nampak coklat, kain batik dan pinggan mangkok.. setakat Coklat aku bleh beli tapi benda lain tak dapat aku nak beli sebabnya tak larat nak mengusung nanti.. Bukan tue ja ader jugak yang beli pulak beg lain sebabnya terlalu banyak barang.. Dasyat2... Barang kat sana murah.. Kalau kedai biasa beli Coklat RM8.00 contohnye lah... kat Langkawi murah dari harga tue... Tapi kalau pikir balik sama ja.. Duit tambang ke sana lg.. Transport dan penginapan.. Bagi aku tak menginap pun tak per... Pagi pg sana.. Petang pulak ambik bot yang paling lewat..Aku kan orang Kedah...  Tiket sekarang dah mahal sket.. tapi tak tahu berapa... Bagi kawan2 aku yang nak pi aku mengalu-alukan... Aku jadi Driver korang yer.. Aku dah tahu jalan sana.. Pusing pulau jer.. Senang.. Bagi yang orang jauh2 mmg best la pg Langkawi.. Coti-Coti Malaysia


Jangan lupa naik Cabel Car yang paling jauh jaraknya.. Lebih dari Cabel Car Genting Highland.. Bagi yang takut tak yah la naik yer... hehehe..

Argggggghhhhh Dah tak sabar nak CUTI-CUTI MALAYSIA..

Ombak Rindu

Image Detail


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


The best song... Liriknya menusuk kalbuku.. Terkenang pula kisah cinta dulu... Macam mana nak lupa kalau mcm ni.. kenapa sentiasa muncul dalam hidup ini...http://www.emocutez.com 

Cinta... pergilah cinta.. Aku tidak bisa mencintainya lagi... Cinta terlalu melukakan...http://www.emocutez.com

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...