Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Saturday, December 31, 2011

Selamat Pagi Tahun Baru 1/1/2012

Assalamualaikum.... Selamat Pagi semua Kawan-kawan... Selamat Pagi tahun baru... Kita dah berada dalam tahun 2012.. Terasa seperti masih dalam tahun 2011.. Hm... Apa azam tahun baru ni yer kawan2 semua... Bagi aku kenangan semalam belum dapat aku hapuskan... Walau pun sedikit demi sedikit aku mula melupakan dia tetapi tidak menjejaskan apa2 perasaan dalam diri aku.. Tahun ini aku perlu berjanji pada diri sendiri... I will try to forget him... Forget my sweet memories.... Segalanya telah berakhir...biarlah kenangan itu tertutup dan takkan terbuka lagi.. kepada sesiapa yang dah terlencong berfikir mengenai aku henti2kanlah yer kerana hubungan aku dengan dier telah terputus since 1/1/2008 lagi.. Terima kasih juga kepada dia kerana tidak lagi menganggu kehidupan aku sekarang.. ini memudahkan segalanya.. Alhamdulillah yang Allah kau telah memberikan kekuatan pada hambamu ini...
Image Detail
Oooopppppsssss... Itu bukan azam aku yang utama ok.. Tahun depan punya azam telah berakhir dengan satu benda yang best... Janji mereka tahun ni dan aku dapat juga tahun ni.. Alhamdulillah... Cuma yang belom selesai untuk melengkapkan dalamnya.. heheh.. tertanya2 rasanya kawan2 aku ni yer... heheheh.. Bagi aku walau ia kecil saja tapi itulah satu-satunya harapan aku dan harta yang aku ada... Kalau ada rezeki bertambah lagi kot... KORANG TEKA LA SENDIRI... KALAU BLEH TEKA AKU BAGI HADIAH.. TAPI HADIAH RAHSIA LA YER... CEPAT TEKA OK.. sape yang teka cepat dan tepat akan dapat hadiah istimewa...(peringatan yer.. peraduan ni keluarga tak bleh masuk yer sebab diorang dah tahu.. hahah sori untuk sebarang kesulitan..(^_^) 

Azam... yang lain biar lah aku simpankan yer.. hehehe... Doa aku semoga azam aku pada tahun ni tercapai dengan izin Allah dan dengan azam kuat dari aku... Kita hanya merancang tapi segalanya Allah yang menentukan.. Sebagai hambaNya kita hanya berDOA... USAHA... TAWAKAL....

Kepada Mak Abah... Anakmu ini terlalu merinduimu... Jika saat ini mak abah masih ada semestinya mak abah gembira melihat anak2 telah berjaya... Abang telah berkahwin dengan kakak ipar yang sangat baik dan sangat penyabar orangnya serta mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang sangat cantik... Kata tok macam muka mak masa kecik2.. heheh..Kakak pulak dah berkahwin juga dengan seorang abg ipar yang sangat baik dan mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel dan tahun 2012 bertambah satu lagi... Hani pulak belum berkahwin dan telah bekerja sekarang... Sudah 8 tahun hani bekerja.. Alhamdulillah inilah rezeki hani sekarang... Aishah pulak berjaya sambung belajar di POLISAS... Tercapai impian dier... Khairudin pulak dah besar... Sekarang dah Tingkatan 5 dan akan menempuhi SPM.. Semoga dia juga berjaya..Amin... Dan semoga kasih kami berpanjangan... 


LASTLY aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Pada kawan2 di INTAN Bukit Kiara, JPJ Alor Setar, Trafik Kuala Muda... Tak lupa juga pada Kawan baik aku.. SabrinaIjan, Wan, Aziah, Asmanidawati, Muni, Siti Aminah, Afazlina Syazila dan semua yang mengenali aku... takkan nak sebut semua kan.. hehehe...Semoga selamanya kita bersahabat... Insyaallah.. Amin... 

  

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...