Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Friday, July 22, 2011

Beraktiviti di Lake Resort Beris Sik... 15-16/7/2011

Hm... Baru2 ni aku pergi camping dengan Member-member JPJ... Bestnyer... Anjuran Puspanita dan Kelab Sukan JPJ... AKu pun tak sangka yang aku juga di ajak join camp ni... mmg best... berkampung di Lake Resort Beris Sik Kedah... Satu pengalaman yang tak akan aku lupakan... Kenangan indah... Dulu pernah jugak aku sertai aktiviti mcm ni.. Tapi dah lama sgt...

Terasa sangat bahagia bila bersama dengan kawan2 lama... Rasa macam aku masih di Jabatan lama ja.. Rasa nak tukar ni dah tergedik2 sgt...Insyaallah kalau boleh aku nak perkhidmat semula dengan JPJ..Alamak nak citer pasal camp pi citer pasal nak tukar lak dah... Salah topik.. hikhikhik


Ni la tempat nya... D'Puncak Lake Resort Beris Sik.. Memang tempatnya cantik dan tenang ja.. Sape2 yang rasa otaknya berserabut datang la kat Beris ni yer.. Tak buat aktiviti pun tak per just meluahkan perasaan pada tempat2 mcm ni...






Time ni baru sampai... Tak der la jauh pon... Biasa jer.. Lebih kurang 45 minit sampai la... Mulanya ingat nak drive sendiri tapi dah tak tahu tempat aku naik bus dengan member2 yang lain jer..Sesampainya kat sana we all di beri taklimat sket.. yer la kan tempat orang... dah tue jgn nak syok lebih lak kan.. tempat2 mcm tu kita tak tahu takut ader benda2 yang tuttttttttt... hihihi (paham2 la yer)... Untuk pengetahuan korang Lake ni sebenarnya buatan manusia.. Dalam tasik tue pulak ader Sungai.. So, bila masuk jer kat dalam air kita akan rasa panas dan sejuk... Tapi tue la kan kuasa Allah Lake ni mmg besar giler.. Korang tak kan sangka ia buatan manusia.. Air ni jugak dibekalkan untuk Penang..





So, aktiviti bermula pada jam 3.30petang... Mula diorang buat aktiviti masuk dalam air... Water Confident.. Kena buat benda ni sebab mungkin ader yang takut air.. So, kedalaman air ni 10 meter.. Mmg dalam sangat.. Tak der la merisaukan aku sebabnya ada Jaket Keselamatan..



Selepas dari itu dalam kul 5 dah habis.. kitorang sempat berkayak sementara menunggu BBQ pada malamnya.. BBQ di sediakan oleh member baik aku Alessandra Martines Fantaghiro...Memang sedap.. Ader ayam, ikan dan juga sosej.. Nasi disediakan oleh pihak Resort.. Sambil2 makan bleh la berkaraoke sekali.. Mmg tak sempurna majlis kalau tak der karaoke kan.. biasalah semua pakat nak tunjuk bakat terpemdam... Tak kisah la sedap ker tak melalak jugak... hahahah.. Best sgt la... Aku pun tak tahu jam berapa diorang tido sebabnya kul 11 malam aku dah masuk bilik dan tidor kerana terlalu letih...



Esok paginya aku bangun seawal 6.30 pagi... Mandi then keluar untuk join dengan kawan2 yang lain.. Aktiviti mula kul 7.30 pg... tapi biasa la masing2 nak siap la aper la lambat jugak la... tapi tak kisah lah.. Masing2 letih... Aktiviti bermula dengan membuat rakit.. Sebabnya nak kena berakit dari tempat kitaorang duduk ker pulau seberang.. aku pun dah lupa nama pulau tue.. Masing2 berkerjasama membuat rakit dan dayung.. hahah.. Pengalaman yang pertama aku berakit.. takut jugak sebenarnya tapi buat2 cool jer la.. Berakit ntah berapa lama dah sampai pulau seberang... kat sana ader lah buah2 rambutan,langsat dan durian.. itu je la yang aku nampak.. mmg boleh makan sebabnya tanah kerajaan.. So, HALAL.. After that untuk mandi sungai ader star cruise ambik kat pulau tadi.. ader yang nak kayak pun boleh tak der masalah.. jauh la jugak nak berkayak... aku naik star cruise jer sebabnya dah tak larat..





Woohoooo.. best giler air sungai.. sejukkkkk.. Debushhhhhhhhhhhhhhhhh aku tak terjun la... hahah malu la orang lelaki ramai... berenang2 jer.. Semua orang mmg hepi sgt.. So, after that kitorang balik ker star cruise untuk makan tengahari.. best sebabnya mcm makan atas star cruise yang real jer.. heheh.. Makan mmg sedap.. rasa nak tambah.. tapi pelik lak aku jadi malu.. hahahha...
 So, tiba masa nak balik... AKu dan kawan aku berkayak balik ker resort.. Jauhnyer la... Tapi bersabar jer untuk sampai ke destinasi... Iyah..iyah...iyah... Waaaaaa dah sampai...


Hm... dah tiba masa untuk pulang.. Sayang lak nak pabik... sebabnya tempat ni jauh dari kebisingan keta and sewaktu dengannya.. yang denganr pun hanya suara angin, binatang.. dan suara kegembiraan hati.. heheh...

Semoga kita bertemu lagi yer Beris.. Dan semoga bertemu lagi kawan2... Nanti jgn lupa ajak lagi tau... thanks 4 everything...

Diorang ni la yang rajin ambik pic masa kat sana... Yang wanita jelita tue my best friend... Dier la yang sediakan bahan untuk BBQ... Orang kuat ni.. Nanti ader lagi aktiviti macam ni mmg boleh la ambik dier lg kan.. Yang Jejaka Tampan tu Pak uda..(panggilan Manja) mmg pakar dalam fotografi ni.. heheh... thanks to both of you sebab sudi share pic ni yer.. 


Ok... chow... salam (O_<)

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...