Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Wednesday, November 30, 2011

Tinggalkan bulan November Dan Selamat datang Bulan 12/2011

Assalamualaikum... Selamat pagi... Hm... pejam celik pejam celik kita dah meninggalkan bulan sebelas... Ucapan selamat datang kepada bulan 12 bulan akhir untuk kita pada tahun ini 2011.. Dalam masa sebulan lagi kita akan masuk tahun baru 2012... Kalau bulan Islam mmg kita dah masuk tahun baru... Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita... Umur pun semakin meningkat.. heheheh.. 

Banyak kenangan MANIS dan PAHIT yang di lalui tahun ni.. Segalanya mengajarku erti kehidupan dan mendewasakan diri serta mematangkan permikiranku.. Segala yang telah berlaku aku redha.. Semuanya ketentuan Allah.. Yang hadir dan yang pergi aku doakan kebahagiaan mereka... Bagi diriku semoga ada sinar kebahagiaan dan dipertemukan dengan seseorang yang dapat menerimaku menyayangiku, mencintaiku seadanya.. Pada Yang Maha Esa aku memohon semoga kau berikan aku seseorang yang dapat membimbingku ke jalan yang di Redhai olehMu...






Telah hampir 14 tahun mak pergi meninggalkan kami berlima.. Abah pula hampir 13 tahun.. Terasa seperti mereka masih dcc walau mereka sudah lama tiada.. Sebak rasanya bila mengenangkan mereka.. Untung aku abang dan kakak mendapat penuh kasih sayang... Tapi bagi adik2 aku aishah dan udin hm...hanyalah sementara... Kasih sayang aku kakak dan abang mungkin tidak sama... Hanya ini sahaja yang dapat diberikan... Tak lama lagi aishah akan melanjutkan pelajaran di POLITEKNIK Pahang.. seperti biasa sunyi rumah tidak mendengar suara dan pertengkaran antara dia dan udin.... Doa kami semoga beroleh kecemerlangan... Udin pula tahun 2012 adalah tahun akhir persekolahan dan tahun penentu masa depan..(SPM) Semoga udin buat yang terbaik.. Plz dengarlah nasihat dan segala kata2 kakak dan abang... Kami sentiasa menyayangi aishah dan udin.. Abang Kakak udin Aishah kita sentiasa doakan mereka di sana... Semoga kasih sayang kita berlima sampai akhir hayat..  

AMIN....


Kepada anak2 buah yang comel and cantik ni dan selepas ni tambah lagi satu... Selamat Datang dalam keluarga Ahmad Khatib and Mariam... We All Love both of u...


Kita semua bersama... Kepada Kak Shila and Abg zam... Welcome to both of u.. Semoga kasih kita semua berpanjangan hingga akhir hayat.. Insyaallah...

Tuesday, November 22, 2011

Mencintai Tidak Semestinya Memiliki

Dalam percintaan semuanya indah..Kita juga berharap agak ia berakhir dengan perkahwinan... Dan kadangkala kita akan memikirkan perkara yang indah dan mengharapkan kebahagiaan itu sehingga akhir hayat... Tapi kita tidak menyedari untuk kita sampai ke tahap itu semestinya ada onak dan ranjau yang perlu kita tempuh... Kita diberikan berbagai dugaan untuk menempuh kehidupan harian kita.. Apa yang perlu ada pada diri kita adalah sikap SABAR, TOLAK ANSUR, MEMAHAMI antara satu sama lain...

Kadangkala ada juga yang cinta tidak kesampaian... Kadang orang selalu kata "CINTA BAGAI NAK RAK.. LAST2 TAK KAWEN PUN" itu selalu orang kata.. biasala kan "MULUT TEMPAYAN BLEH DI TUTUP.. TAPI MULUT MANUSIA MANA BLEH TUTUP"... hehehe... Bila cinta tidak kesampaian semestinya kita bersedihkan... Mana tak sedihnya duit habis.. Masa pun buang macam tue jer.. Bercinta sampai bertahun lastly ditinggal macam tue jer... Macam aku tengok cerita Syurga Cinta... Cinta ni terbahagi kepada 3... Yang pertama :-


 JODOH DARI SYAITAN .kamu berdua berkenalan ,
berpegangan tangan ,
dan terus buat maksiat ,
akhirnya si perempuan mengandung ,
 baru kamu menikah ,


- JODOH DARI JIN .kamu berdua berkenalan ,
kamu suka kan si perempuan ,
tapi si perempuan tak suka kat kamu ,
kamu bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepada kamu ,
dan kamu berdua menikah .


- JODOH DARI ALLAH .kamu berdua bertentangan mata ,
terus menusuk ke kalbu ,
kamu terus meminang si perempuan ,
dan si perempuan menerima pinangan kamu ,
dan kamu berdua menikah ,
insya allah berkekalan hingga akhir hayat .
DAN ITU LAH YANG DINAMAKAN ' Syurga Cinta
'



Yang Ketiga ini lah Cinta sebenar....Insyaallah jika Cinta Kerana Allah Segalanya Akan sentiasa Baik... Tapi Jika cinta kita hanya sekadar nafsu semata-mata Cinta kita tidak akan kemana2...Sebagai Hamba Allah apa yang kita perlu lakukan DOA,USAHA dan TAWAKAL kepada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang Beriman dan Boleh membimbing kita ke jalan yang lebih di Redhai OlehNya... Insyaallah...


Sunday, November 13, 2011

My Baby Blue Accident With Tree...

Waaaaa... Dugaan yang kembalikan kenangan aku pada tahun 2006... Waktu itu hari perkahwinan sepupuku... Malam tue aku bawa keta my aunty untuk berjumpa dengan buah hati di INTAN Sungai Petani.. Sewaktu nak lintas jalan ader sebuah motokar WAJA aku tak ingat no plate dier telah berlanggar dengan aku.. Teruk la jugak sampai berpusing keta tu 2 kali.. Nasib aku tak tercampak keluar dari keta tu.. Just luka sket kat kaki.. Kesian aunty aku kena repair keta pulak.. Semua berpunca dari aku sendiri... Ingat nak fight dengan tuan keta WAJA tue.. tapi dier pandai sangat cakap.. Maklum la dier HAKIM MAHKAMAH SYARIAH... Tapi cakap belit jugak.. Mula katanya tak nak report.. Lastly dier yang buat.. Mmg Kurang asam garam kan.. Tak per la.. Aper pun aku tak salah.. dier terlalu laju then masuk jalan aku... tapi tak per la.. benda dah nak jadi.. aku cuba elak tapi tak sempat dah.. ader HIKMAH... 

Berbalik citer sebenar aku hari ini 12/11/2011 baby biru aku pulak kena berlanggar dengan pokok yang manusia bengong tebang then letak tepi jer.. Dah la jalan kecik... Aku pulak nak ikut short cut dah terkena pokok tue.. Teruk la jugak.... Bumper depan dah kemik... No Plate mmg patah la... Aku kena bawak Baby biru pegi hospital la esok... Dah sakit.. Nak buat Macam mana... Redha jer la HANI yer... Benda nak jadi kita pun tak jangka.. Allah nak duga... Sabar dan redha itu perkara utama...http://www.emocutez.com




YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA AKU REDHA ATAS SEGALA UJIAN YANG KAU BERIKAN... ADER HIKMAH ATAS SEGALA YANG TERJADI... 

FOR MY DEAR BABY BLUE SEMOGA CEPAT SEMBUH.. AKU TAK SANGGUP TENGOK HANG SAKIT... AKU PUN SAKIT JUGAK.. SAKIT MATA... 

Friday, November 11, 2011

Tiada Lagi Dia Dalam Hidupku

Lama nya aku tak update blog ni... Dah bersawang... hahahah... Tak per kejap nak cuci yer... 

Hm... Hari ni dah 29/10/2011... 2 hari lagi masuk bulan 11... kejapnye masa berlalu... tak sedar pon kan... Macam aku jugak la... Masa yang berlalu telah membuatkan aku melupakan kenangan lalu... Walau tidak sepenuhnya tapi sekurang2nya aku telah melupakan separuh dari kisah silam ku... dan juga telah menolak kedatangannya semula dalam hidupku... Thanks Ya Allah... Aku sangat bersyukur padamu...http://www.emocutez.com

Kadang kala hati seperti ingin seorang teman... tapi ketika itu juga rasa seperti tidak mengapalah... bukan kerana putus asa tapi kerana seperti tidak bersedia... Biarlah hanya cinta pada Allah kerana ia lebih diredhai..
Hati aku sangat tenang apabila mula melupakan dia.. Dia yang pernah mundul dalam hidup aku.. memberi harapan yang palsu dan kini sudah jauh berlalu... Bagi aku biarlah aku yang membuat keputusan kerana keputusannya yang aku tunggu akan bakal menyakitkan hati dan mengganggu emosi aku sahaja.. Cuma aku doakan Dear sentiasa bahagia dan sentosa hendakNya... Bagi aku tiada dendam atau benci padanya... Cuma hanya rasa sedikit kecewa dan sangat terluka.. Tapi apa pun yang terjadi Aku Redha... Aku tahu jika Mak dan Abah aku masih ada sememangnya mereka tak akan merestuinya...http://www.emocutez.com

Dah merepek aku ni.. So, Nak cite lah kan.. Setelah berapa lama aku tak update blog ni banyak benda yang aku nak citer.. rasa nak citer satu2.. malas la pulak.. biar lah aku combine jer lagi senang kan...

Rasanya dah sebulan berlalu.. Aku pergi Taiping with my friends... Mmg best.. Sebenarnya tak rancang pon... diorang mula nak pg Cameron Highland... Tapi disebabkan lewat pg Taiping jer la.. Mulanya nak naik Bukit Larut.. Dah sampai sana tiket lak habis.. Cedihnye... Dier punya kenderaan sampai kol 12 tghari atau 1 petang jer.. Aper bleh buat tak der rezeki nampaknya.. We all sempat ambik gambar jer lah...




Hm.. Nasib baik Zoo Taiping dekat jer dengan Bukit Larut... So, We all pun ke sana lah... Tiket pun tak terhad.. Sampai malam bleh dok.. hahah. Aku agak teruja pg Zoo Taiping... Bersih tak der bau busuk pun... Berbanding dengan Zoo Negara macam tak terjaga jer.. Busuk sangat.. Kat Zoo Taiping ader Night Safari.. Lagi nampak cantik... So, kalau rasa nak jalan bawa anak2 ker pg la sana ok..Lepas balik dari Taiping sampai jer Sungai Petani We all makan pulak kat D'king... Makan Mee Udang yang THE BEST punya.. hahaha... Makan 4 orang tapi order untuk 3 orang makan... Udangnye banyak sungguh... Arghhhh sedappppppppppppppnyeeeeeeeeeeeeee... hahaha.. bleh makan 5 orang...






Ok lah.. kita tinggalkan citer pasal jalan2 ke Taiping...Kita beralih pulak citer Makan Ice Cream kat Frutti Frutti.... The Best Ice Cream...Rasanya benda ni mmg dah famous.. tapi biasa lah kat tempat sendiri baru buka kan... Sedap dan tak la mahal sangat... Nak makan ice cream ni kena ambik sendiri... 10gm harga RM0.50... Ader bekas kecik dan ader yang besar.. Topping nak letak aper pun suke hati... Banyak choice... Aku teruja sebab tempat dier selesa sgt... Ice Cream Flavour ader Mango, Chocolate, Mix(vanilla and choc) dan juga vanilla... Korang bleh la pilih sendiri.. tapi korang ambik jangan la banyak sangat.. nanti lagi mahal.. takut tak habis pulak.. Membazir jer kan... Kalau nak jimat beli satu share 2 orang...



  
Ok lah... Ni je yang aku nak citer... Sebenarnya dah basi tapi citer jugak la.. Mana la tau ader yang nak baca citer aku ni... Maklumla sekarang ni Mood Kurang sket... hehehe... Ok yer... Hope U all Enjoy My story...

Salam...Muahhhhttp://www.emocutez.com

Thursday, November 10, 2011

Bercerita Tentang Dia

Dia....
Siapa Dia?..
Dia adalah seorang insan yang pernah memberikan aku KASIH SAYANG...
Dia adalah seorang insan yang memberi aku CINTA
Dia adalah seorang insan yang memberi aku HARAPAN...
Dia adalah seorang insan yang memberi aku KELUKAAN

Dia...
Siapa Dia??...
Dia yang tidak pernah lepas menyatakan hasrat hatinya
Dia yang tidak pernah lepas mengatakan 'I LOVE YOU'
Dia yang tidak pernah lepas mengatakan "Ku Perlukanmu"
Dia yang tidak pernah lepas mengatakan " Kau Segalanya Untukku"
Dia juga yang tidak pernah lepas menyanyikan lagu untukku..
Segalanya indah dan kini hilang sekelip mata...

Dia...Insan pertama yang bertakhta..
Dia Insan pertama yang ku cinta..
Dia... Pernah membuat ku bahagia..
Dia yang mengajarku.. tentang erti rindu..

Dia.. yang dulu pernah ku sanjungi..
Pergi sehingga kini tak berganti
Hilang.. dari pandangan hidup ini..
Membawa luka pedih tak terperi..

Tiadaku duga pemulaan yang jernih..
Menjadi kering dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antara ku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua...


The best punya kata2 berakhir dengan Fauziah Latiff Song...


Image Detail

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...