Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu... 8/5/2011

IBU.....IBU....
EGGKAULAH RATU HATIKU....
BILA KU BERDUKA..
ENGKAU HIBURKAN SELALU...
IBU...IBU....
ENGKAULAH RATU HATIKU....


Aku pasti hari ini mesti korang bawa ibu korang pegi makan2.. Raikan hari ibu.. Semamangnya Hari Ibu adalah Setiap Hari... Tetapi Hari ini adalah hari yang khas untuk semua para ibu... Semestinya Hari ini sebelum korang pegi keje atau yang pergi belajar mesti mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu korang... Bersalaman.. Pelukan dan mendapat ciuman yang penuh makna...

Arghhh... terlebih sudah kesedihan aku... Mengalir air mata bila mengenangkan Ibuku... Aku tak dapat membuat semua itu.. Yang dapat aku lakukan Memberikan doa dan Yasin Kepada nya. Itu lah Hadiah yang paling bermakna.. Semoga ibu ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.. Amin...

Rindu yang tak terhingga pada waktu ini... Mungkin ada yang senasib denganku... Aku merasai kesedihan itu.. Jika yang sudah berkahwin pula semestinya kasih ibu Mertua diterima... Ibu mertua juga seperti ibu sendiri.. yer kan..

Kepada Semua anak2 yang ada dalam dunia ni... tak kira di mana berada.. Ingatlah sentiasa kepada Ibu kita.. Kerana dia lah yang mengandungkan kita, melahirkan kita, menjaga kita, mendidik dan memberi kita penuh kasih sayang... Ingatlah Syurga kita Dibawah telapak kaki Ibu... Sejahat Manapun Ibu dia TETAP IBU.. Dan itu tidak dapat diubah...

Kepada Semua ibu2 di dunia ku ucapkan SELAMAT HARI BU... SEMOGA IBU2 AKAN MENJADI IBU YANG PALING HEBAT DAN TERHEBAT UNTUK SUAMI DAN ANAK2... INSYAALLAH...

DAN KEPADA MY SIS MADIHAH AHMAD KHATIB KU UCAPKAN SELAMAT HARI IBU...JUGA TIDAK AKU LUPA PADA KAKAK IPAR KU MARSHILA.... 

No comments:

Post a Comment

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...