Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Sunday, April 3, 2011

Kau : Hello sayang...wat aper tue.... Dah makan ker... tak rindu sayang ker..
Aku : hai sayang... tengah fikirkan sayang la... Tup2 sayang call... rindu sayang... sayang dah makan tadi... Sayang dah makan ker???
Kau : dah makan dah... hm... nanti kita jumpa yek.. ok sayang.. daaaaa... miss u
Aku : Miss u to sayang....


Sudah 5 tahun cinta kita berlalu... yang tinggal kini hanya kenangan.. aku tak tahu jika kau melupakan segalanya sdangkan aku sekarang masih mengingatinya..

Kau ingat lagi lagu ini..

DOAKU AGAR KAU KAN SELALU BAHAGIA
AGAR KAU TEMUI INSAN TULUS MENYAYANGIMU
LEPASKAN LAH DIRI KERNA KERELANKU..
BUKAN KERNA DENDAM BUKAN JUA KERNA KAU TERPAKSA.
KUTINGGALKAN MEMORI BERSAMAMU...
KU UNDUR DIRI BERSAMA HARAPAN..

TIDAK KESAMPAIAN... CINTA KITA...
KU BAWA HARAPAN KU PENDAM RAHSIA
KU DI KEJAUHAN.. MENDOAKAN...
AGAR KAU BAHAGIA TIADA LAGI DUKA
AKU RELA MENGUNDUR DIRI..
KU PASTI DI KAU KAN FAHAMI...


Lagu ini la yang berkumandang semasa diri ini telah dapat bertukar ke Johor kampung halaman... Ampun dan maaf kerana telah mengabaikan pujukanmu untuk tidak bertukar ke sana... apa yang dapatku lakukan... keluarga lebih penting... jika ternyata kita telah disatukan tak mungkin aku meninggalkan kau keseorangan... maafkan aku kerana tidak mengendahkan air matamu sewaktu kau mangatakan "SAYANG JGN LA PERGI"..Aku juga menangis.. tapi aper bleh aku lakukan... kerana sayangkanmu aku terpaksa meninggalkanmu... 


Setahun berlalu... Pada awal pemergianku, kita betul2 merindui satu sama lain... kau datang melawatku dan aku juga selalu melawatmu... hm... aku sgt menghargai itu... kau sanggup bersusah untuk ku... begitu juga aku kan...Lama kelamaan kita semakin jauh... kau selalu sahaja ade alasan untuk menghubungiku... kalau dulu setiap hari ader sahaja khabar darimu... dan kini tiada lagi... hubungi aku jauh sekali... Apabila aku menghubungi mu kau selalu mengelak dariku... alasanmu"SIBUK". what wrong with u dear?? Segala yang kau mahu aku lakukan... Tapi mengapa kau berubah sebegitu sekali.. aku kecewa dengan sikapmu... sehinggalah satu hari aku bertanya adakah sayang mempunyai teman lain... dengan selambanya kau hanya menjawab "YA".. sewaktu itu hancurnya hatiku... mengapa tergamak kau membuat aku begitu... Aku di kejauhan tiada sesiapa di hati.. hanya dirimu... Bila aku bertanya mengapa ini yang kau balas?? kau hanya menjawab " SAYANG BOSAN..TIADA TEMAN"... 

Untuk aku mengatakan sayang jangan pergi pun tak berguna sekarang... sewaktu aku pergi bukan kerana orang lain.. tapi kau pergi kerana org ketiga... itu kah cinta yang selalu kau ungkapkan... itu kah sayang yang selalu kau nyatakan... 


Ku redha atas aper yang telah kau lakukan.. mungkin antara kita tiada jodoh... Aku cuma mendoakan agar kau bahagia dengan org yang kau sayang... cuma satu yang ingin ku pesan.. jika kau ingin kembali.. hati ini tidak lagi akan menerimamu kerana luka yang kau berikan tidak akan sembuh... Seperti yang kau katakan padaku sewaktu aku bertanya padamu... adakah kita masih ader harapan... kau hanya menjawab "EVERYTHING IS OVER" semenjak itu kau sudah ku buang....Cuma satu yang ingin ku ucapkan...TERIMA KASIH SAYANG DI ATAS SEGALANYA... TERIMA KASIH JUGA KERANA TELAH MEMBUATKAN AKU TERLUKA... KURELA KAN KAU PERGI... 


Assalamualaikum...





No comments:

Post a Comment

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...