Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Tuesday, April 26, 2011

Familiku

Salam... Entry aku hari ni nak citer pasal famili... Semua orang ader famili kan.. tak kira lah famili angkat ker aper2 jer lah.. heheh.. tapi hari ni aku cuma nak citer pasal Famili Kandung jer iaitu famili aku... hehehe...Moment yang terindah hanyalah bersama Famili Tercinta (",)
Aku mempunyai seorang mak yang sangat cantik, bertanggungjawab dan penyayang. Mak aku namanya dirahsiakan... Mana bleh orang tau.. Dilahirkan pada 2/3/1959(tak silap aku la) Mak aku ni pandai sangat memasak. Tiap-tiap hari dia mesti akan memasak. Pagi nak ke sekolah di beri bekal. Tengahari balik sekolah dah sedia makan. Petang mak balik keje mesti masak makan malam untuk kitorang. Masakan mak tak dak jual kat mana2.. memang sedap kalah kedai punya.. hehehe.. Mak aku ni mmg orang yang tak reti dok diam.. Selagi rumah dier tak bersih selagi tue la kaki dan tangan dier bergerak jer kecuali lah dier tak sehat. Tapi tak jugak.. tak sehat pun dier nak buat jugak sebabnya anaknya tak serajin dier.. hihihihi.. Aper pun sekarang semuanya dah jadi kenangan.. Mak dah pergi mennggalkan kami adik beradik...I miss u mom...

Sekarang kita pergi kepada citer my father lak.. Abah aku ni plak memang penyayang macam mak aku jugak. Abah ngan mak ni dilahirkan pada hari dan bulan yang sama cuma tahun jer lain. Abah dilahirkan pada 2/3/1951...Walau pon muka nya kadang nampak macam menggerunkan tapi baik hati. Open minded (ader had...) Seorang yang sangat bertanggungjawab. Sangat prihatin pada anak-anaknya. Macam mak cantik. Abah plak very2 handsome. Mana ada tandingan dengan lelaki2 dalam dunia ni. Senyumannya aduhai... boleh mencairkan gadis2 yang melihatnya.. heheh.. Opsss.. tapi my father just for my mom.. Setiap hari abah akan hantar anak2nya pergi sekolah... TAK BOLEH PERGI SENDIRI. Abah senang di bawa berbincang. Senang bercerita.. tak kisah lah bab boyfriend ker aper ker... So, korang pikir lah.. mana nak cari abah macam ni.. heheh.. tapi aku tau abah korang ader kelebihan tersendiri yerkan.. heheh.. Abah mmg special sgt2. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Abah telah pergi selama-lamanya... I miss u Abah a lot...

Beralih pulak kepada anak2 pulak.. kami lima beradik. Bermula yang sulung yang hensem dan bergaya gitu.... Namanya Mohd Dzaharan. Abang aku sekarang berumur 33 tahun. Dilahirkan pada 12 Januari 1978. Sekarang ni lah ketua keluarga kami. Abang aku sekarang dah kawin. Mempunyai seorang isteri yang sangat cantik penyayang dan rajin... Namanya Marshila secantik namanya. Di anugerah seorang cahaya mata yang sangat cerdik dan comel bernama Intan Zulaikha.


Yang kedua pulak Seorang kakak yang sangat la cantik sweet ajer heheh.. nama nya Madihah... ringkas jer kan nama... Sekrang dah berumur 30 tahun. Kakak aku di lahirkan pada 6 November 1981. Sudah mempunya sebuah keluarga sendiri. Seorang Suami yang gagah perkasa tak gitu kakak... namanya Said Nizam dan dikurniakan cahaya mata yang sgt lah comel dan lasak namannya Saidatul Mardhiah Begum... 
Wahhhhh Panjangnya namakan... Kalau tak sama dengan Intan jer. Sebab tambah Begum jadi panjang sket.

Yang ketiga Aku lah.. hahah.. nak puji diri sendiri pun malu lah kan.. Biarla orang tahu sendiri. Aku di lahirkan pada 30 Ogos 1985 sekarang dah umor 26 tahun. ramai orang tanya kenapa tak lahir 31 jer.. kan bleh jadi anak merdeka... Aku cuma jawab nak buat macam mana dah tak sabar nak lihat dunia... hehhe.. 

Yang Keempat Adik perempuan aku bernama Siti Ai'ishah. Sebut betul2 ok. Umur 20 tahun. Sekarang belajar di Kolej Komuniti Arau Dalam Bidang Pemprosesan dan Pembuatan Makanan. So, lepas ni buat bisnes la kan.. bleh la nak tumpang.. hahah.. Adik aku ni di lahir kan pada 22 September 1991. Dier sememangnya cantik bangat.. lain dari kakak2nya.. Badan Ala2 model sket.. Kalau kakak yang ketiga macam model Baju XXL... hahahh... kakak yang No 2 macam model Baju M(kira ok la tue)

And the last one my younger brother yang paling bongsu Mohd khairudin. Sekarang berumur 16 tahun.. Belajar di Tingkatan 4 di Sekolah Sungai Layar( SUNLAY). Dilahirkan pada 19 Januari 1995. Dier ni plak tinggi... Hitam manis gitu... Tetap hensem. 

Ni jer la salah silah keluarga aku... hehehe... Saja nak korang tahu.... Aku nak korang tahu betapa aku bahagia ader keluarga dan keluarga aku sememangnya yang terbaik... 

Ok.. daaaa

No comments:

Post a Comment

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...