Tinggalkan nama dan URL ok... tq

Saturday, April 30, 2011

Terima Kasih

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang sudi follow blog aku ni dan jadi follower aku... walaupun blom ramai kan tapi aku suker sangat.... terima kasih banyak2 tau... Korang memang baik... Terima kasih jugak la pada yang sudi melawat blog aku ni...Aku rasa terharu sangat..

Di sebabkan korang memang the best sgt aku nak belanja korang makan katttttttttttttttttttttt................
RUMAH AKU... HEHEHE... Korang nak makan aper bagi tau yer.. tapi aku pandai masak Nasi dengan Telor Masak Kicap jer.. heheheh...

Aper pun... aku ucapkan sekali lagi... tq very much friendssssssss..............muakssssssh....

Thursday, April 28, 2011

Pergilah Dikau

Kadangkala Terasa amat sedih untuk melepaskan... tapi perlu di lakukan... Untuk apa??? untuk kebaikkan bersama... Biar lah segalanya berlalu tanpa bicara, tanpa bersua, tanpa cinta, tanpa segala2 yang bisa membawa kenangan kembali

Cinta itu untuk aku lepaskan adalah sangat sukar sekali... Mengapa ini terjadi setelah sekian lama kia menyulam cinta.. mengapa perpisahan yang kau pinta setelah semuanya kau menjanjikan bahagia.. 

I hate u!!!!!

"hafizzainal's contest - senyuman mahal "

Assalamualaikum....

Rasa teringin lak nak masuk contest... Ni first time aku masuk contest mcm ni... heheh...Contest ni best jugak... tajuknya : "hafizzainal's contest - senyuman mahal " 
Orang selalu kata senyum itu kan sedekah... So senyum2 lah selalu... So aku nak la korang sertai jugak contest ni... Just klik jer kat cini "hafizzainal's contest - senyuman mahal "

contest ni akan berakhir Expired date : 31 / 5 / 2011  sbelom pkol 12 malam  korang sempat lagi tau nak sertai.. jangan terlambat udah yer.. heheheh


Pic aku yang hujung sekalu pakai baju purple dengan cardigen... heheh... Masa ni we all nak pegi kuar jalan2... yang bestnyer kitorang tak sangka pakai baju warna sama dari kakak adik dengan anak buah aku sekali.. ahaks.. lawak tak... so, moment yang indah tue we all jadikan kenangan. Senyum ni sgt mahal dan ikhlas tau sebabnya we all sangat2 hepi ketika itu...  senyuman yang ikhlas ni akan membuat semua orang senang hati betul tak.. heheh...

Tiga orang yang aku nak sangat tag:

saidiha
noremyrahmat
yatekhramqiestina


Terima Kasih.... 

Wednesday, April 27, 2011

Perubahan Demi Perubahan

Alhamdulillah hari ni dah 4 hari aku mengikut jadual yang sepatutnya... Insyaallah... segala akan berterusan dengan baik.. Aku berharap aku akan tetap bersabar hingga segalanya berjaya... heheh... Korang tertanya-tanya ker... Jeng Jeng Jeng.... Tungguuuuu ok...

Tuesday, April 26, 2011

Familiku

Salam... Entry aku hari ni nak citer pasal famili... Semua orang ader famili kan.. tak kira lah famili angkat ker aper2 jer lah.. heheh.. tapi hari ni aku cuma nak citer pasal Famili Kandung jer iaitu famili aku... hehehe...Moment yang terindah hanyalah bersama Famili Tercinta (",)
Aku mempunyai seorang mak yang sangat cantik, bertanggungjawab dan penyayang. Mak aku namanya dirahsiakan... Mana bleh orang tau.. Dilahirkan pada 2/3/1959(tak silap aku la) Mak aku ni pandai sangat memasak. Tiap-tiap hari dia mesti akan memasak. Pagi nak ke sekolah di beri bekal. Tengahari balik sekolah dah sedia makan. Petang mak balik keje mesti masak makan malam untuk kitorang. Masakan mak tak dak jual kat mana2.. memang sedap kalah kedai punya.. hehehe.. Mak aku ni mmg orang yang tak reti dok diam.. Selagi rumah dier tak bersih selagi tue la kaki dan tangan dier bergerak jer kecuali lah dier tak sehat. Tapi tak jugak.. tak sehat pun dier nak buat jugak sebabnya anaknya tak serajin dier.. hihihihi.. Aper pun sekarang semuanya dah jadi kenangan.. Mak dah pergi mennggalkan kami adik beradik...I miss u mom...

Sekarang kita pergi kepada citer my father lak.. Abah aku ni plak memang penyayang macam mak aku jugak. Abah ngan mak ni dilahirkan pada hari dan bulan yang sama cuma tahun jer lain. Abah dilahirkan pada 2/3/1951...Walau pon muka nya kadang nampak macam menggerunkan tapi baik hati. Open minded (ader had...) Seorang yang sangat bertanggungjawab. Sangat prihatin pada anak-anaknya. Macam mak cantik. Abah plak very2 handsome. Mana ada tandingan dengan lelaki2 dalam dunia ni. Senyumannya aduhai... boleh mencairkan gadis2 yang melihatnya.. heheh.. Opsss.. tapi my father just for my mom.. Setiap hari abah akan hantar anak2nya pergi sekolah... TAK BOLEH PERGI SENDIRI. Abah senang di bawa berbincang. Senang bercerita.. tak kisah lah bab boyfriend ker aper ker... So, korang pikir lah.. mana nak cari abah macam ni.. heheh.. tapi aku tau abah korang ader kelebihan tersendiri yerkan.. heheh.. Abah mmg special sgt2. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Abah telah pergi selama-lamanya... I miss u Abah a lot...

Beralih pulak kepada anak2 pulak.. kami lima beradik. Bermula yang sulung yang hensem dan bergaya gitu.... Namanya Mohd Dzaharan. Abang aku sekarang berumur 33 tahun. Dilahirkan pada 12 Januari 1978. Sekarang ni lah ketua keluarga kami. Abang aku sekarang dah kawin. Mempunyai seorang isteri yang sangat cantik penyayang dan rajin... Namanya Marshila secantik namanya. Di anugerah seorang cahaya mata yang sangat cerdik dan comel bernama Intan Zulaikha.


Yang kedua pulak Seorang kakak yang sangat la cantik sweet ajer heheh.. nama nya Madihah... ringkas jer kan nama... Sekrang dah berumur 30 tahun. Kakak aku di lahirkan pada 6 November 1981. Sudah mempunya sebuah keluarga sendiri. Seorang Suami yang gagah perkasa tak gitu kakak... namanya Said Nizam dan dikurniakan cahaya mata yang sgt lah comel dan lasak namannya Saidatul Mardhiah Begum... 
Wahhhhh Panjangnya namakan... Kalau tak sama dengan Intan jer. Sebab tambah Begum jadi panjang sket.

Yang ketiga Aku lah.. hahah.. nak puji diri sendiri pun malu lah kan.. Biarla orang tahu sendiri. Aku di lahirkan pada 30 Ogos 1985 sekarang dah umor 26 tahun. ramai orang tanya kenapa tak lahir 31 jer.. kan bleh jadi anak merdeka... Aku cuma jawab nak buat macam mana dah tak sabar nak lihat dunia... hehhe.. 

Yang Keempat Adik perempuan aku bernama Siti Ai'ishah. Sebut betul2 ok. Umur 20 tahun. Sekarang belajar di Kolej Komuniti Arau Dalam Bidang Pemprosesan dan Pembuatan Makanan. So, lepas ni buat bisnes la kan.. bleh la nak tumpang.. hahah.. Adik aku ni di lahir kan pada 22 September 1991. Dier sememangnya cantik bangat.. lain dari kakak2nya.. Badan Ala2 model sket.. Kalau kakak yang ketiga macam model Baju XXL... hahahh... kakak yang No 2 macam model Baju M(kira ok la tue)

And the last one my younger brother yang paling bongsu Mohd khairudin. Sekarang berumur 16 tahun.. Belajar di Tingkatan 4 di Sekolah Sungai Layar( SUNLAY). Dilahirkan pada 19 Januari 1995. Dier ni plak tinggi... Hitam manis gitu... Tetap hensem. 

Ni jer la salah silah keluarga aku... hehehe... Saja nak korang tahu.... Aku nak korang tahu betapa aku bahagia ader keluarga dan keluarga aku sememangnya yang terbaik... 

Ok.. daaaa

Thursday, April 21, 2011

Tak Perlu Rasa Bersalah

Kau lah Segalanya Untukku.. Kau lah Curahan Hati ini... Tak Mungkin Ku Melupakanmu... Tiada Lain yang Ku Harap Hanya Kau Seorang... Lagu ni telah membuatkan hati seseorang merasa bersalah... ( It'sSo Touching... The words..Song.. I'm feel so guilty 2u) Perlukah lagi perasaan ini.. Untuk ape??? Ape pun yang dirasa segalanya tak mungkin kembali sekali pun.. Aper yang dapat aku lakukan hanya berdoa untuk kebahagiaannya.. Segalanya yang berlaku adalah berpunca dari diriku sendiri...

Sekali pun kita berpisah tapi bagi aku kita tak pernah berpisah.. kerana perasaan kita sama.. kta selalu merasai antara satu sama lain.. Lebih baik kiranya kita berlakon seperti tiada perasaan... itu lebih menyenangkan hati kita.. Perasaan cinta kau pada aku tak pernah hilang... Kasih dan sayang yang pernah kau curahkan ku tak pernah lupa.. lagu yang kau pernah hadiahkan dan nyanyikan tiap2 waktu bersamaku sentiasa aku dengari sentiasa bermain di telingaku..

I love u adalah perkataan yang tak pernah hilang dari bibirmu.. kan ku sematkan di setiap jiwaku.. setiap ingatanku... Setiap air mata yang pernah mengalir kerana kesalahan diri ini masih ku rasai... Hari ini ingin aku katakan padamu AKU MENCINTAIMU SEPENUH HATIKU..Walaupun telah lama tidak aku ucapkan, hari ini aku menyatakan sekali lagi agar kau mengerti perasaan dan hatiku...


Monday, April 18, 2011

Kejadian yang ngeri

Salam All... entry hari ni nak cerita kan tentang kejadian semalam yang telah meragut nyawa lappy ku... dan setelah dua jam di ward lappy ku kembali pulih... Lappy ku telah di dera oleh seorang baby yang comel yang bernama SAIDATUL MARDHIAH BEGUM... beliau adalah seorang anak buahku yang lasak, comel, bergaya,  tangan pun cepat jer nak main barang MAK LANG nya... huhuhuhu...

Nak dijadikan cerita satu petang aku di Ofis pada ketika itu... Kakak telah mengubungi dan memberitahu kisah sedih yang menyatakan lappy aku sudah nazak kerana di dera... Aduh!!!! tetiba skit kepala aku... Aku hanya mampu tersenyum... Pada Jam 5.00 petang aku berangkat pulang.. Sesampainya dirumah apa yang aku lihat adalah key board lappy aku udah di cabut2 mcam sotong... waaaaa....aku pun bertanya... Are u ok lappy... Lappy hanya diam jer.. yer la.. (MANA LAPPY BLEH CAKAP.. DIER HANYA NET BOOK YANG TIDAK BERNYAWA.. HAHAHHA)

Sesudah itu akak aku menyuruh aku membawa lappy ke ward secepat yang mungkin sebelum mati... Sesampainya di Ward, Doc yang nak rawat tue bleh lak wat lawak.. Dier kata U pusing2 key board ker.. Padahal aku cakap anak buah aku yang buat... Pastu dier buat lawak lagi... Kucing u cakar ker... kakakakakka... Nasib la masa aku pg tue ader doc profesional.. kalau tak kena ganti semua sekali... Ader 6 button yang telah patah... tapi sementara guna la dulu...


Setelah mengambil masa dua jam untuk pembedahan lappy aku kembali elok.. cuma cacat yang sedikit aku tak bleh nak buat aper... Cuma aku telah menggantikan baju baru untuk lappy... just nice.. hehehh...tq kepada doc lappy yang telah menjalankan pembedahan lappy dengan sempurna..


Kepada Saidatul Mardhiah... Jangan mainlagi yer lappy maklang... heheh... Aper pun mak lang sayang saidatul... muahhhhhhhh

Saturday, April 16, 2011

Simply Siti

Entry aku hari ni nak citer pasal simply siti... Sebenarnya aku tak pakai produk kecantikan ni.. sebabnya kulit aku amat sensitif.. bedak pun aku tak pakai... aku cuma cuci muka dan juga ubat doktor... Nak buat mcm mana kan... tapi tak per natural beauty... tapi siti nurhaliza mekap ker atau tak mmg cantik.. tak berubah... aku sekadar berkongsi kisah siti jer... heheh



Korang penah beli tak produk  ni???... katanya elok dan harga berpatutan.. tapi aku tak tahu la kan.. lagipun produk dier buatan korea(KALAU TAK SILAP AKU LA)..mesti elok kan... siti sendiri pun pakai produk ni... yer la kalau tuannya tak pakai tak bleh jugakkan.. mana nak tahu kualiti mcm mana.. betul tak.. tapi produk siti ni memang terbaik punya la.. tak la semahal produk lain.. mampu beli.. yer tak akak siti.. heheh
Ni la event2 yang siti yang telah berlangsung di Alor setar Mall.. Kedah... Negeri aku.. katanya siti ader datang.. tapi aku keja la plak.. kalau tak bleh jumpa siti... Sepupu aku ja dapat tengok...

Barangan siti ni ader produk skin care dan juga cosmetik.. tapi aku still tak leh pakai.. sebab mesti ader bahan2 yang tak bleh aku pakai..  

Produk siti jugak bleh beli secara online... hanya layari laman web. www.simplysiti.com.my 

Ok lah.. entah aper2 aku berceloteh...
Aku cuma ucapkan gud luck buat siti...

Assalamualaikum

Friday, April 15, 2011

Love...Beautiful: Siti Nurhaliza.....

Love...Beautiful: Siti Nurhaliza.....: "Hai all... aku malam ni sesaje nak citer pasal seorang wanita penyanyi tersohor malaysia... Aku minat sangat.. tapi tak la minat sampai ikut..."

Siti Nurhaliza.....

Hai all... aku malam ni sesaje nak citer pasal seorang wanita penyanyi tersohor malaysia... Aku minat sangat.. tapi tak la minat sampai ikut jer pekembangan dier... aku suke tengok anugerah yang Allah berikan pada dier.. suara merdu... muka dier mmg sgt jelita.. satu lagi dier tak seksi seperti sesetengah artis.. tidak memerlukan keseksian untuk popular dan berjaya.. kita cuma perlu ada keyakinan dan prinsip diri... betul tak cakap aku...




Siti lak tak der gosip2 liar yang tak tentu... tue pun masa dier nak kawin ngan Datuk K.. huhuhu.. aper pun dah jodoh betul tak.. semuanya ketentuan Allah... Aper pun semoga diorang bahagia sehingga akhir hayat... 


Hm... Dengan kejayaan nya buat aku jeles jer.. rasa mcm nak jadi macam dier jer.. yer lah kalau tak berjaya bidang mcm dia aku nak la berjaya bidang lain.. bisnes ker atau aper jer... 


Sekarang ni pon siti dah ader rancangan sendiri.. walaupun sedikit kekok pada mulanya.. tapi sekarang bertambah baik... i like u siti...


Berbual bicara bersama Tun Dr Mahathir... Perdana menteri kita dulu... Aku mmg suker perdana menteri ni dulu.. Prinsip beliau sgt kuat... 

Akhir sekali aku cuma nak ucapkan selamat berjaya untuk apa saja yang siti lakukan... You Are So Beautiful... I'm Proud Of U Siti... Teruskan usaha dan pedulikan kritikan orang... 

Friday, April 8, 2011

Don't you just love a sweet dessert on a hot hot day? #myhoneymoon is here to wipe your perspire away with their awesome shaved ice & more!

Don't you just love a sweet dessert on a hot hot day? #myhoneymoon is here to wipe your perspire away with their awesome shaved ice & more!

Running out of ways to style your hair? Well, pull a drastic change. Check out #MilkADeal for #HairGroom right now

Running out of ways to style your hair? Well, pull a drastic change. Check out #MilkADeal for #HairGroom right now

click.....

Terima Kasih Rezeki Yang Kau Berikan

Terima Kasih Ya Allah atas rezeki yang telah kau berikan...

Hari ini aku dah dapat beli sebuah petia ais yang aku idam2 kan.. Dulu peti ais aku satu pintu jer.. Sekarang dah dua.. terujanya aku bila nak pegi beli tadi... Rumah tak lambat lagi akan dapat... Barang2 rumah hampir semua ada.. Syukur Ya Allah... Syukur sangat2..


Besar tak.. heheh.. Panasonic.... aku trade in peti ais yang lama... tapi trade in pon RM150 jer dapat.. pekerja kat kedai tue kata paling tinggi harga tue.. selalunya dier ambik RM 50 hingga RM 100 jer.. Alhamdulillah... terima kasih tokey... hikhikhik

               Ni TV baru aku.. Walau harga tak mencecah RM 1k.. tapi Ok lah kan jenama Toshiba.. 24 inch... aku suke.. Budget RM 800 tapi harga lagi kurang dari itu... Thank you Allah for everything precious  u give me...

Terima Ksih Ya Allah Atas Segala Nikmat Rezeki Yang Kau Berikan... Alhamdulillah...

Thursday, April 7, 2011

Kehadiran Kamu Masih Aku Rasai

25 March 2011... Kenapa dengan tarikh tu yer... korang nak tahu ker.. biar aku jer la  yang tahu.. tapi aku akan citer gak... Walau dier tak beritahu..walau tak der sesaper bagi tau aku masih dapat merasai kerana hati aku masih ader dier.. Tapi perlu ker aku ambik tahu??? perlu ker aku merasai kehadirannyer... Dulu bila datang aku orang yang pertama tahu... but now i'm the last.. i'ts ok.. but everything is over.. dier yang cakap mcm tue.. aku tak cakap yer.. hahahha.. aku tak nak ambik tahu pun..

Tapi kadang2 aku nak jugak ambik tahu.. sebabnya aku sayang.. Ya Allah betapa bodohnyer hambamu ini... Mencintai lelaki yang tak pernah menghargai diriku... Hani sudah2 la tue.. masih ader orang yang sayang kau... Yang tue jugak kau nak tunggu... Walaupun dier masih tak der sesaper tapi aku ni masih ingat tapi bukan untuk kembali... Percintaan mungkin over but friendship never ending..

Kepada Dear.. Semoga Kebahagiaan Sentiasa Milikmu... I will pray for u Always...

Pointin d camera at a mirror to take ur latest FB profile pic? Get it done professionally by #SerinditPhoto . #MilkADeal

Pointin d camera at a mirror to take ur latest FB profile pic? Get it done professionally by #SerinditPhoto . #MilkADeal

Choco Boom!! Experience #Choclairs "chocolate explosion" at Awesome Island and Grumpy Island @ChoclairsMalaysia

Choco Boom!! Experience #Choclairs "chocolate explosion" at Awesome Island and Grumpy Island @ChoclairsMalaysia

Tuesday, April 5, 2011

Kerinduan.. Tak akan Menghilang

Fuh...Fuh... banyaknyer habuk kat tempat duduk aku ni.. baru je cuci semlam...  heheheh... Assalamualaikum All.. Semalam entah ape benda yang aku post kat blog kan... yer la mulanya tak ngantuk.. bila nak menulis blog jer mula lah steeemmmm jer mata kau.. ahaks.. (",)

Aku sebenarnya merindui seseorang yang amat aku sayang.. Setiap hari aku mesti ingat jer kat dier.. mcm mana ni... Korang tahu tak sekarang ni aku menjadi semakin sensitif lak dah.. kenapa yer.. kalau aku tengok orang sedih aku pun nak mengalirkan air mata.. yer la kan dah lama aku tak menangis.. aper pun org lakukan aku pendam jer.. kadang nak nangis tapi aku tahan jer.. Aku sekarang dah tak der tempat nak luahkan perasaan.. buakn semua memahami aku seperti dier..

Bila aku sedih jer ader orang nak lapkan air mata aku... ader orang nak mendengar rasa hati aku.. Aku harap aku dapat seseorang yang seperti dier yang setia mendengar setiap cerita aku.. mendengar setiap lagu yang ku nyanyikan.. Membahagiakan hidup aku... ketawa bersama.. sedih bersama..


DULU PERNAH AKU BERSUMPAH
SLALU SETIA JIKA KU MENCINTA
MASIH MELEKAT RASA ITU
SAAT CINTAMU DATANG PADAKU
SEMUA TERWUJUD SAAT KAU SINGGAH
BALASI CINTA UNTUK SETIA MERINDU..

KERINDUAN TAK AKAN MENGHILANG
KAN SELALU KU RASA TAK MAMPU KU MENGHINDAR
KAU BERIKAN APA YANG KU PINTA
KAU MENGIKATKU DALAM CINTA
TEMANIKU DALAM SETIA...

AKU TAK PERNAH MENGHARAPKAN..
CINTA LAIN DATANG MEMBELAIKU
AKU SELALU DAPAT BERTAHAN
MENAHAN CINTAMU DI SUKMAKU

KEHADIRANMU BASUH JIWAKU
ENGKAU SULUTKAN API CINTA DIRIKU..
KERINDUAN TAK AKAN MENGHILANG
KAN SELALU KU RASA TAK MAMPU KU MENGHINDAR
KAU BERIKAN APA YANG KAU PINTA..
KAU MENGIKATKU DALAM CINTA TEMANIKU DALAM
JALANI HIDUP INI

I like this song... have a sweet memories....


I Always Loves u...

Lihat Yang Lain Juga Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...